ALFATIHAH BUAT ALMARHUM AYAHANDA DAN BONDA, NENDA-NENDA, MOHD HANIF MOHD AMIN YANG TELAH PERGI.UKHUWAH DAN SILATURRAHIM MEMPERKUKUH UMAT

Hari Keluarga Jani Turiah







Buat pertama kalinya dalam sejarah Kem Keluarga Haji Jani dan Hajjah Turiah telah diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson dalam suasana yang cukup meriah selama 3 hari 2 malam bermula pada 27hb Disember hingga 29hb Disember 2008. Semua anak-anak Allahyarham Haji Jani dan cucu-cucunya telah menghadirkan diri.Cucu yang tidak dapat hadir adalah Mohd Haniff Amin dan isteri yang sekarang ini bertugas di Dubai. Turut hadir adalah Tuan Sanin Haji Salikin iaitu bapa saudara kami dan juga keluarga Basiron Bin Karmin yang juga anak angkat kepada Allahyarham Haji Jani dan Allahyarham Hajjah Turiah.

Semua ahli keluarga yang hadir telah check in di hotel kira-kira pukul 3.00 petang dgn wajah yang ceria. Pertemuan yang diatur sesungguhnya amat dinanti-nantikan. Sembahyang Maghrib berjemaah dan majlis tahlil arwah telah diadakan pada sebelah malamnya dan disusuli dengan mesyuarat keluarga yang tamat pada pukul 12.00 malam.

Keesokan harinya,pada pagi 28hb Disember 2008 telah diadakan sukaneka keluarga.Dengan berpakaian T shirt berwarna oren yang seragam semuanya telah berkumpul di tepian laut untuk bersukan. Pelbagai acara sukaneka dan hadiah telah dipertandingkan.Memang meriah!!!!

Selepas acara sukaneka,kami sekeluarga beramai-ramai telah menghadiri majlis perasmian Kedai Bata yang diuruskan oleh Cik Nurul Bin Abas iaitu anak saudara kami. Kedai Bata tersebut telah dirasmikan oleh YB Sanusi Bin Jani.

Pada sebelah petangnya telah diadakan acara bacaan doa akhir tahun hijriah dan disusuli dengan sembahyang Maghrib dan bacaan doa awal tahun sempena Awal Muharam. Imam Amin Bin Jani telah mengetuai acara dan seterusnya menyampaikan tazkirah.

Acara kemuncak pada malam itu adalah BBQ. Semua hadirin telah menikmati BBQ di tepian pantai dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Turut hadir adalah Mejar (B) Malik dan isteriya Puan Miskiah Dugal yang juga sepupu kami. Hadirin dihiburkan dengan nyanyian dan teka teki oleh beberapa ahli keluarga kami iaitu En Ali,En Abas,Puan Rahmah (isteri En Basiron) dan En Shazali. Majlis berakhir kira-kira pukul 11.00 malam.

35 comments:

  1. Saya Abas Bin Jani mengucapkan tahniah kerana terciptanya Blog ini untuk tatapan generasi generasi akan datang. dengan adanya Blog ini dapatlah kita menyimpan data data salasilah keluarga kita.Tahniah!!!!!

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana terciptanya Blog ini semoga dapat kita menafaat darinya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kerana terciptanya Blog ini semoga dapat kita menafaat darinya.

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih....
    Minta sumbangan artikel tuan-puan mengenai sejarah keluarga.TQ

    ReplyDelete
  5. Syabas!

    Tahun depan boleh buat lagi.

    -Kamisan

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Apa khabar....
    Kenape sepi tanpa berita.
    -Kamisan & Keluarga,
    P.Gudang

    ReplyDelete
  7. 02/05/2009- Jemputan sunat dirumah Tn. Hj. Aminon Pt Marjunit.
    03/05/2009- Jemputan kahwin dirumah Kak Mar
    Lubok Sipat.

    Jumpa disana.

    ReplyDelete
  8. saya cadangkan diadakan mesyuarat setengah tahun pada bulan Jun ini, untuk mengupdate cadangan mesyuarat yang lepas samada hendak diteruskan atau jika ada apa2 cadangan yang baru. sila cadangkan dimana hendak diadakan mesyuarat tersebut.

    mohd sanusi

    ReplyDelete
  9. Kepada tuan setiausaha diharap dapat menyiapkan minit mesyuarat yang lepas.

    ReplyDelete
  10. Abas Jani bersetuju dgn cadangan Pengerusi.
    Tempat dicadangkan di rumah Saudara Ali Jani.
    Saya bercuti 30/5/2009 hingga 5/6/2009.
    TQ.

    ReplyDelete
  11. Saya setuju.
    Sebab 30.5.09 Saya pun nak balik kg. ade jemputan.

    -Kamisan.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    Dijemput kepada semua sekeluarga hadir kemajlis kesyukuran dan tahlil menyambut bulan puasa di rumah kami pada hari sabtu 8hb Ogos 2009 bersamaan dengan 17 Syaaban 1430 hijrah selepas Zohor, kehadiran tuan/puan semua amat dihargai.

    Terima kasih dari kami Mohd Sanusi & Salmi.

    ReplyDelete
  13. Kami selamat sampai jam 7.45mlm. 9/8/09.

    Terima kasih diatas pemberian duit hadiah dan kami sekeluarga mengambil kesempatan ini utk mengucapkan SELAMT HARI JADI kpd Abang Anin semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki Insyaallah. Amin

    Ingatan tulus ikhlas dari,
    Kamisan,siti rofeah, zawir, zafran.
    Nusa Damai, P Gudang.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Terima kasih kepada yang hadir dimajlis kesyukuran dan tahlil pada sabtu 8/8/09 yang lepas.

    Terima kasih dari kami Mohd Sanusi & Salmi.

    ReplyDelete
  15. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & AIDILFITRI. MERDEKA!!!!!!!!

    29/8/09-BERBUKA PUASA DI RUMAH PAK CIK ATAN & CIK IMAH

    ReplyDelete
  16. terima kasih kepada pak cik atan / cik imah kerana mengundang utk berbuka puasa dan sahur.
    - zafran.

    ReplyDelete
  17. selamat menyambut kemerdekaan ke-52.
    MERDEKA!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  18. SELAMAT HARIJADI PADA P CIK ATAN YG KE-50.
    SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI.AMINNNN

    ReplyDelete
  19. minggu hadapan kita bersama-sama berbuka puasa dan bersahur di rumah wak ali di kmpung ..

    ReplyDelete
  20. selamat menyambut kemerdekaan yang ke-52 ..
    peace n0 war^_^ ..
    fr0m atan n phamily

    ReplyDelete
  21. bila pula nak berbuka puasa dan sahur diKlang...
    Buat masa ni tengah wat renovation dapur...mungkin raya ni pun masih belum siap sepenuhnya...

    selamat berpuasa........dan berbuka...

    dari wak sanusi..

    ReplyDelete
  22. kite kat umah cik imah beraye

    ReplyDelete
  23. BEST gila kat umah cik imah...kita orang dapat makan makanan yg sedap2...ada ABC dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  24. dapat duit raye bnyk.kita ramai2 gi sana.imanzafran

    ReplyDelete
  25. kita org buat convoi,turut serta iaitu:
    1.WK ANIN
    2.WK KAMISAN
    3.WK ABU
    4.WK ALI
    5.CK IMAH
    6.CK ZALI
    PAS NI KITORANG NAK GI labis n muar...
    imanzafran...

    ReplyDelete
  26. pe kabar semua,kamu semua sihat?kita disini sihat saja...imanzafran.........

    ReplyDelete
  27. selamat hari raya maaf zahir n batin kpd smua
    ahlikeluarga janituriah...............................

    ReplyDelete
  28. hai2 bai2..........................................................................................

    ReplyDelete
  29. SLMAT HARI JADI UNTUK QISTINA

    ReplyDelete
  30. Salam,

    Apa kabar wak anin, Hanif semoga cepat sembuh.

    TK,
    wak kamisan.

    ReplyDelete
  31. Takziah kpd klrga abg amin/k ani terutama isterinya fadilah diatas kembalinya kerahmatullah anakanda/suami tersayang mohamad hanif pd 09/04/2010-24R'akhir 1431. Semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya-Al Fatihah....

    ReplyDelete
  32. Assalamu a'laikum,

    Abg. Baseran(Mail)menjemput keluarga Janituriah.com kemajlis
    perkahwinan anak perempuannya pada 18/09/2010
    di Felda Ulu Tebrau.
    Sekian Terima kasih.

    ReplyDelete
  33. Semoga Wak cepat sembuh.

    ReplyDelete