ALFATIHAH BUAT ALMARHUM AYAHANDA DAN BONDA, NENDA-NENDA, MOHD HANIF MOHD AMIN YANG TELAH PERGI.UKHUWAH DAN SILATURRAHIM MEMPERKUKUH UMAT

Motivasi kejayaan – 3 tips bagaimana untuk menjadikan Al-Quran sebagai sumber motivasi kejayaan

Caranya:
1. Bukak kitab suci Al-Quran secara rambang dan baca halaman pertama yang Anda buka. Biasakan membaca 1 halaman Al-Quran dalam sehari.

2. Selepas membaca, fahami maksud ayat yang Anda baca dengan merujuk pada tafsir Al-Quran. Ingat nama surah Al-Quran yang Anda baca tadi.

3. Kemudian ambil tafsir Al-Quran lalu cari ayat yang Anda baca. Fahami maksudnya. Fikirkan, hadamkan, ingat selalu. Anda akan mudah ingat maksud ayat Al-Quran yang Anda baca jika Anda membaca 1 halaman sehari. Minda kita senang mengingati perkara-perkara yang simple.

Bila dah biasa mengamalkan teknik ni lebih dari 3 kali dengan kerelaan hati didorong oleh NIAT untuk mencari cetusan motivasi dalam usaha nak mencapai kejayaan, Anda akan merasai getaran semangat yang luar biasa.
Anda tiba-tiba berani.
Anda tiba-tiba merasai kemahuan tinggi yang membuak-buak, panas menggelegak. Kemahuan itu mendorong Anda mahu berjaya dalam apa yang Anda usahakan sekarang ni.
Bila Anda lakukan secara istiqamah, kesannya jauh lebih mendalam dari membaca buku-buku motivasi biasa.

2 comments:

  1. satu pelajaran yang bagus...TQ

    ReplyDelete
  2. Insayallah...Akan di praktikkan sebagai mengisi masa sebelum bersara. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu....

    ReplyDelete