ALFATIHAH BUAT ALMARHUM AYAHANDA DAN BONDA, NENDA-NENDA, MOHD HANIF MOHD AMIN YANG TELAH PERGI.UKHUWAH DAN SILATURRAHIM MEMPERKUKUH UMAT

INFO: PANDUAN MEMILIH KURSUS DI IPTA/IPTS.

Assalamualaikum..
Hari ni nak kongsi sikit panduan buat mereka2 yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA / IPTS. Tentu dengan minat dan kemampuan...

Panduan memilih kursus adalah seperti berikut :

SECARA UMUM:
1- Kenali KELAYAKAN Anda & Analisa setiap syarat kelayakan minimum supaya kita tak rugi apply sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
2- Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Business? Sastera? Sains? Teknikal?
3- Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DGN DIRI ANDA, sesetengah orang tidak mahu terlalu jauh dengan keluarga.
4- TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan bincangkan dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda supaya dapat nasihat daripada mereka kerana mereka mungkin ada cadangan yang bernas.
5- Jangan ambil kursus yang anda TIDAK MINAT kerana akan mengurangkan semangat untuk belajar.
6- KENALI KEMAMPUAN anda, jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan.
7- Selepas buat keputusan tetapi masih dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH.. Buat keputusan terbaik kerana ia merupakan hala tuju hidup anda.

FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:
- Pencapaian akademik pelajar
- Cita-cita! (Kerjaya)
- Minat!
- Keinginan Ibu bapa!
- Pengaruh Rakan Sebaya!
- Lokasi IPTA dan pilihan program pengajian

STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
- Tentukan aliran anda;
- Pastikan syarat minimum mencukupi;
- Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan;
- Pilihan program pengajian diperluaskan; dan
- Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan.

PANDUAN MEMILIH IPTS:
- Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
- Kemudahan fizikal.
- Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
- Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
- Bantuan Kewangan.
- Tanya rakan-rakan yang penah belajar di situ.
- Kemudahan penginapan.

Semoga menjadi panduan untuk anda...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment